Monday, November 2, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2007- AMARAN : BOLEH MATI BACA KARANGAN NI..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah... Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu...

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..


credits to syira azmi sbb mengpublishkan cerita ini di facebook...jangan marah sbb aku ambil cerita ini...klakar sgt...perlu di share..:)

22 comments:

cik nur said...

baca cerita nie 10 kali pn bleh wat or rasa tersenyum...
budak nie punya mind fuhh..
berfikiran di luar batsan..
kagum2..
:)

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

omg....serious cita ni patut kena publish masuk paper ke haper..x tahan owh...lawak geela...yang penting semua mati..haha

sayeJAJA said...

whahahahahaha.
apekah ini.
seyes ke nih upsr?huhu

Ash said...

haha..betul ke budak upsr buat ni, kelakar la.

ferienza88hezra said...

mau copy ocay.
;)
fun sgt

aina hazuani said...

haha. lawak lah
kalau terkejut je semua mati

haha

Anonymous said...

haha...bayar royaltyla mcm ni-syira

kUcing hiTAm said...

aku guling2 gelak smpai jatuh katil baca karangan nih... hahahahaha *over la plak kan...

unwanted said...

hahahha..
mmg lawak..
aku start gelak bil abaca ni.
"Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.".

thnx coz share cite ni..ha3

Fina said...

haha. so budak ni karang esei ni time die dah mati lah? ok baiklah (- -")

natashaliyana said...

hey :) bloghopping
i linked this post in my blog :)
too funny to rsist.
hope u dun mind ;)
tq. cheeerioo~

faramin said...

Haha..so funny okie.

palgis said...

Cerita ni asal dia dari majalah Ujang lama dulu.Dalam pertengahan tahun 90an kot.

-s-a-n-a-k said...

ak copy cite ni ya...seriously lawak r...

faizfaizah said...

lol!
lwk gile.
gelak sorang2...
sje jln2 tgk blog. ;p

fiza said...

penah baca sebelum ni kat email yg di'forward'. klakar

Moon~~ said...

omg! sangat cute budak tu. mesti abah die slalu tgk cerita alien vs predator dgn hancock.

anis said...

hahaha,, bace skali nk bace lagi..hahaha

Anonymous said...

sy juga mau copy..;)..bley ye

Ninie Fairuz said...

cute! mmg rasa mcm nak mati bila baca..hhheheh

Melati Qistyna's Mummy said...

bhahahha..... siyes lawak.... tp kalau upsr, sure fail neh...huhuhuh

Melati Qistyna's Mummy said...

akak minx nk share yer...heheheh

Post a Comment